JOHOR BAHRU: Jentera kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram diminta memberi penerangan yang jelas kepada pengundi bahawa tiada logo parti itu tertera dalam kertas undi 9 Sept nanti.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Ahmad Maslan berkata sebaliknya calon yang mewakili gabungan Pakatan Harapan (PH)-BN akan menggunakan logo PH 'Pakatan Harapan'.
Ahmad berkata penjelasan itu penting untuk mengelakkan pengundi di kedua-dua kawasan itu keliru dan tidak tersalah pilih calon daripada parti lain.
"Kita harapkan jentera BN memaklumkan dan menjelaskan kedudukan calon mewakili Kerajaan Perpaduan dalam kertas undi yang menggunakan logo PH, lebih-lebih lagi kepada pengundi veteran atau pengundi sedia ada yang sudah biasa melihat logo BN setiap kali pilihan raya.
"Kali ini kita guna logo PH, jadi perkara itu agak mencabar untuk kita perjelas, namun boleh dilakukan," katanya selepas menyantuni penduduk di Masjid Kampung Sungai Danga di sini hari ini.
Selain itu, setakat hari ketujuh kempen PRK itu, Ahmad berkata berdasarkan respons yang diterima ketika bertemu rakyat, beliau yakin calon PH di Pulai, Suhaizan Kaiat manakala Nazri Abdul Rahman di Simpang Jeram mampu mempertahankan kemenangan PH di kedua-dua kerusi itu.
PRK Parlimen Pulai dan Simpang Jeram menyaksikan saingan tiga penjuru di kerusi masing-masing, melibatkan pertembungan antara calon PH dengan Perikatan Nasional dan calon Bebas.
PRK itu diadakan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK bagi kedua-dua kerusi itu diadakan serentak dengan hari pengundian awal pada 5 Sept diikuti hari pengundian 9 Sept.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 01 2023
Ahmad berkata penjelasan itu penting untuk elak pengundi di kedua-dua kawasan itu keliru dan tidak tersalah pilih calon. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
65 murid keracunan makanan di Sungai Petani
Seramai 65 murid Sekolah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya dipercayai mengalami keracunan makanan selepas makan di kantin sekolah pagi tadi.
Pengadu terima panggilan pertama Ebit Lew jam 3.40 pagi - Saksi
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret bahawa dia menerima panggilan telefon pertama daripada Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew pada jam 3.40 pagi, 4 Mac 2021.
[TERKINI] Netanyahu tiba di Kneeset teruskan persidangan
Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Yoav Gallant dilihat meneruskan sesi baharu pembukaan parlimen disaat berita mengenai permohonan waran tangkap hangat diperkatakan ketika ini.
Dalam rakaman yang dikongsikan Reuters, Netanyahu berjalan memasuki dewan dengan kawalan ketat anggota keselamatan.
Dalam rakaman yang dikongsikan Reuters, Netanyahu berjalan memasuki dewan dengan kawalan ketat anggota keselamatan.
[TERKINI] Ketua Pendakwa Raya mohon waran tangkap terhadap Netanyahu
Mimpi ngeri Israel yang menyuarakan kebimbangan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersedia mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu serta pegawai-pegawainya bakal menjadi kenyataan selepas notis permohonan diserahkan ICC kepada tiga panel hakim yang terlibat dalam pra-perbicaraan jenayah pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
AWANI Ringkas: Buang bayi - Sepasang kekasih ditahan di Kemaman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
PRK Kuala Kubu Baharu: PN muktamad calon esok, umum 25 April - Muhyiddin
PN memuktamadkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu esok dan dijangka mengumumkan calon mereka pada 25 April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
Mesyuarat khas SPR PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 4 April
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor pada 4 April ini.
DAP belum bincang PRK, tumpu pengebumian Lee - Teo
DAP mahu tumpu urusan pengebumian mendiang Lee Kee Hiong sebagai penghormatan kepada penyandang kerusi DUN berkenaan.
Notis kekosongan DUN Kuala Kubu Baharu dimaklum dalam masa terdekat
Notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu dijangka dimaklumkan kepada Pejabat Speaker DUN Selangor pada Isnin depan.
Ahli politik Britain menang PRK dengan kempen pro-Palestin
Ahli politik Britain George Galloway meraih kemenangan besar dalam PRK bagi kerusi Parlimen Rochdale dengan menjadikan sokongan terhadap Semenanjung Gaza sebagai modal kempen pilihan raya.
GPS kekal kuasai DUN Jepak
Keputusan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Jepak pada 8.30 malam di pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah Bintulu.
PRK DUN Pelangai: Pas umum calon malam ini
Pas bakal mempertaruhkan calon anak tempatan yang dekat dengan rakyat untuk bertanding sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Oktober depan.
PRK Pelangai: Wakil BN harus dipilih semula, beri kesinambungan perkhidmatan - Zahid
Barisan Nasional (BN) harus dipilih semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang akan datang.